Pages

Thursday, June 9, 2011

Abah

Tika hati ini disapa rindu,saya mencapai sepucuk surat berlipat tiga yang tersisip kemas antara helaian diari 2010 milik saya.meski sudah hampir berpuluh puluh kali saya menghadam isinya,namun tiap kali itulah saya merasakan pertama kali saya menerimanya,membacanya,juga menangis kerananya..
Maka saya abadikan di ruangan ini.

18.09.2010
Bismillahirrohmanirroheem.

Hanis anakku,
Di mana jua kita berada,kita tetap di bumi Allah yang luas ini. asalkan kita rajin berusaha, kejayaan akan mengiringi jua. Tabahkan hati mengharungi liku-liku kehidupan yang pelbagai ragam. kadang-kadang suka,kadang-kadang duka. Jangan terlalu gembira ketika suka dan jangan terlalu gundah gulana ketika duka. Bergantung harap dan pertolongan 100% hanya pada Allah jua. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.


Selamat di perantauan,pulang dengan ilmu untuk masa depan,agama,dan tanah air Malaysia tercinta. Enjoy dalam perjalanan bersama pensyarah-pensyarah,rakan seperjuangan dan masyarakat Mesir bumi para anbia,syuhada',solehin dan tabi'en.

Abah sentiasa mendoakan dan berusaha yang termampu untuk memastikan yang terbaik buat Hanis yang tersayang. Perjuangan masih jauh dan panjang. Teruskan perjuangan sehingga mencapai apa yang dicita,kejayaan dan kebahagiaan di dunia,syurga di akhirat bersama para solehin dan solehat.

Amin ya Robbil'alamin!
Allah dan Rasulullah bersama kita.

Salam sayang yang teramat sayang buat Hanis serta peluk cium dari abah. Selamat di perantauan.
Senyum selalu dan tabahkan hati!

3.05 ptg.
18.09.10
(sehari sebelum fly)

###

Allah!aduh!terkesan.mata saya pejamkan erat-erat..masa berputar seakan terhenti. Selagi hayat dikandung badan,surat ini akan setia saya simpan sebagai azimat penguat semangat.
Insya Allah..

Abah,
Hanis saaayaaang Abah.
Terima kasih,Abah.
Abahlah Abah Hanis dunia akhirat.
(^_^)

Di sebalik lagu ini,ditujukan khas buat abah..
Juga mama,abang dan adik...
Maaf,Hanis tak berpeluang bersama kalian sekarang.
Tunggu ya..



YOU ARE THE WIND BENEATH MY WINGS!!


2 comments:

  1. tiba-tiba aku teringat tajuk the unsung hero dalam buku teks english f4 dulu.

    ReplyDelete