maaf.sudah lama tidak menyambung edisi Route Map Taqwa.
VI-tidak berlebih-lebihan dengan yang halal
apa yang halal tidak menjadi kesalahan dalam menikmatinya. namun jangan keterlaluan.
sikap keterlaluan akan mudah melalaikan dan menjerumuskan kepada yang syubhah dan haram.
pesan Rasulullah s.a.w: seorang hamba tidak akan mencapai darjat taqwa sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa semata-mata kerana khuatir terjerumus dalam dosa.
-riwayat at tarmizi dan ibnu majah-
untuk mencapai tahap taqwa,hendaklah kita tinggalkan perkara-perkara meragukan dan bukan sahaja mengelak yang haram,bahkan menolak perkara-perkara yang syubhah,
Abu ad Darda' berkata: kesempurnaan taqwa itu apabila seorang hamba sentiasa berjaga-jaga dengan Allah(mematuhi arahan dan menjauhi larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram.
-kholas-tammat-
let's revise.
I-menuntut ilmu
II-beramal dengan ilmu
III-mujahadah dan istiqomah
IV-doa dan tawakal
V-taubat dan melakukan kebaikan
VI-tidak berlebihan dengan yang halal.
semoga bermanfaat buat saya,kita,dan mereka.ameen.
saya juga menjemput kalian singgah di blog
ukhtie Khairunnisa Bohari.
jauh lebih bermanfaat daripada saya yang biasa-biasa ni.
########
tiba di fatrah imtihan nihaie.
macam-macam yang datang,macam-macam juga yang pergi.
yang pasti kekal,janji pertolongan Allah bagi hambaNya yang bertaqwa.
mahu usaha ini dihisab. birohmatillah.
abang anep,selamat pulang ke halaman cinta.
lain kali,kita berdua kena plan schedule betul-betul ye.
supaya betul-betul jumpa. =P
mohon doa kalian~