Pages

Monday, May 23, 2011

le tour de Giza

al kisah bermula bila kami melawat booth KAYBE @ Kasr el Aini Youth Build Egypt organisation, sebuah persatuan student arab di kampus.
aktiviti tahun ini ialah cycling to pyramid. wah,menarik~
cepat-cepat kami isi borang untuk join.
senior tahun empat,Alaa' sangat teruja bila tahu kami baru tahun satu.
she stated,"i really against that we and malaysian students are separated even we are in the same uni."
erm..mungkin betul.

pastu,dy kata ada lagi 40 tempat kosong yang kemudiannya diisi oleh pelajar melayu lain.
preparation sikit,kami jogging pagi-pagi selama seminggu.
petang sehari sebelum,ada kawan keluar ke Tahrir beli t-shirt,topi,bertemakan Palestin dan Mesir. semangat..
bertembung dengan demonstrasi aman.oops.selamat je.

pada tarikh 14 Mei 2011,kami melakar sejarah..

-berbasikal 21 km-

track dari uni ke center of Giza ambil masa 2 jam. ada insiden,namun semua berjaya sampai ke destinasi.kami penunggang basikal ibarat semut di celah kerengga.hah.

-bergambar di luar Giza Square-

hanya gambar separuh sedia berjaya ditangkap.mesriyyin begitu berbangga menerima penyertaan kami rakyat malaysia.cayalah..

-kami pengembara padang pasir-

melilau sekitar kawasan piramid tanpa tour guide.sesekali meminta tolong teman arab. sempat lagi bergaduh harga dengan pakcik kuda.

-sphinx,lambang keteguhan raja firaun-

a mysterios marvel from the days of ancient Egypt.the body of a lion with the head of a king,the sphinx has come to symbolize strength and wisdom.

-terik mentari vs keajaiban unta-

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?”
(al Ghasyiyah;17)

beginilah.bangsa pembina piramid adalah satu bangsa yang hebat.namun..

Dan (ingatlah), berapa banyak Nabi-nabi yang Kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.Dan tidak ada seseorang Nabipun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersendakan dan mengejek- ejeknya.Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya daripada mereka dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
(az Zukhruf: 6-8)
#########

hmm.apa pula perancangan tahun depan?
anticipating for another..

p/s-selesai practical exam..rehat sebentar.

4 comments:

  1. berbasikal? style...


    kesannya, bangsa hebat itu ditenggelamkan.


    "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". [10:92]

    ReplyDelete
  2. nidzam>yup.terima kasih

    iqin>best mmg best..

    ReplyDelete
  3. sungguh,jordanian dengan malaysian belum lagi akrab nak wat aktiviti sama-sama mcm korang ni
    jeles kowt
    haha

    ReplyDelete