Pages

Thursday, February 24, 2011

pemimpin

saya terbelek kembali notebook 2009.
ada tersalin amanat orang..

Amanat Pemimpin

kepada pemimpin muda
bersatu anda teguh
bercerai anda roboh
bulat manusia kerana muafakat

kepercayaan adalah satu kuasa
kesetiaan adalah satu harta
keikhlasan adalah satu pengorbanan

tiada pelaksanaan tanpa perancangan
tiada perancangan tanpa ketentuan
segalanya akan memberikan hasil
tanpanya akan memberikan kegagalan

pemimpin lahir untuk kehidupan
kehidupan mati tanpa cabaran
pemimpin lahir untuk ditentang
tentangan menyaksikan kematangan

pemimpin lahir untuk berjuang
berjuang cipta keharmoniaan
pemimpin lahir untuk kesilapan
kesilapan harus ada pembetulan



ingatlah
susah senang hargailah bersama
jangan berpisah walaupun nista
itulah senjata semangat waja
bersaing ke mercu tanda
kegemilangan bangsa
keperkasaan negara
menongkat bahu tiang agama

nyalakanlah kembali obor yang terpadam!

-pendidik-



Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:
Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

Hassan al Hudaibiy-
Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya Islam akan ditegakkan.

kata-kata yang amat popular..
tapi susahnya nak lekat..



memori-f4-2008-sekolah islami


p/s:maaf jika tidak sempurna
kerana diri yang masih mencuba..

No comments:

Post a Comment