Pages

Friday, April 12, 2013

abjad

berikut al hasil contengan saya
sewaktu jemari kanan mematuk- matuk papan kekunci
sambil belah yang kiri memperosok segala macam barang ke dalam beg travel.

dan siap-hantar-lewat pada hari kejadian berangkat ke Turkey 2013
sekarang,dibaca semula sebagai alat penampar diri semulajadi~


#tentang masa
Konsep masa dan ruang;satu keajaiban yang sentiasa diburu para saintis. Masakan tidak, dalam dunia materialism yang perlu kita cermat kendalikan, lambakan gadget canggih berfungsi utama- memudah urus pencapaian masa. Namun tetap manusia dengan keterbatasan fizikal dan lingkungan emosi terkadang menjadikan kita manusia leka.

Kita sering menanggapi masa sebagai satu bebanan masalah. Alasan tak cukup masa acapkali kita luahkan. Sedang ulama sukses terdahulu meski umur sedikit mampu menerbitkan infiniti senarai sumbang saran untuk kebaikan generasi depan. Siapatah lagi yang dikurnia rezeki umur panjang oleh Allah. Mungkin sahaja kita masih belum berusaha keras untuk teladani faktor keberkahan mereka.

أللهم إنى أعوذبك من العجز والكسل
Lemah dan malas ialah penyakit yang merugikan masa. Sikap malas berpunca daripada kelemahan mengurus masa. Apabila lemah daya tuju juga,nikmat masa lapang,akal cerdas dan anugerah kesihatan akan kita siakan percuma walhal kita maklum sesungguhnya tugas menghadam kewajipan  lebih banyak daripada waktu yang terhidang.

 Umum,kita agak cenderung memilih kelalaian dan keseronokan bila mana kita kira malam masih awal. We are young katanya. Keliru mengasing duduk letak perkara yang awla diselesaikan. Bertangguh dan beralasan agak sinonim dengan peringkat umur kita. Iman bersifat naik dan turun,maka berdoalah selalu agar gigih dalam pembikinan mujahadah diri.

Master the art of timing!-Robert Greene,Laws of Power
Kuasa merancang adalah kunci kepada produktiviti. Tatkala pintunya sudah terbuka,bersedialah untuk melalui terowong masa sama ada bertatih,berjalan mahupun berlari. Gangguan pasti mengalih sistem fokus kita. Di checkpoint ini,menentukan cepat atau  lambat ketibaan kita ke destinasi akhir matlamat. Boleh melayan kehendak diri tapi awas, jangan terlalu asyik lalu terbuai. Teruk padahnya. Kerana ada  orang lain telah lebih padu dan laju meninggalkan kita.

Alhamdulillah kini kita berada dalam fatrah riang ria cuti musim dingin. Menemui peluang berehat selepas saban detik berteman akrab dengan timbunan buku dan nota. Syukuri dan isi keluangan masa ini dengan bijak menurut kapasiti dan kesesuaian masing masing. Ada antara kita musafir ke rantau orang ,berekspedisi mencabar upaya diri,mencambah nilai ilmu dan kemahiran, juga menghubungkan jalinan sesahabat. Apapun aktiviti pilihan kita,berbuat ikhlaslah selagi mana dalam ketaatan.

Ucapan mabruk muqaddam bagi mereka yang hari esoknya lebih baik daripada hari ini yakni menggunakan kesempatan mengambil sebarang bentuk ibrah untuk kembali kepada misi sebagai seorang pelajar kehidupan. Moga kepadatan waktu yang kita laburkan kekal bermanfaat lantas menjadi saksi amalan saat timbangan mizan kelak. Berbekal niat nan lurus,hadiahkan masa untuk ummah.

Selamat bercuti-cuti,kawan.
23.01.13



#haih.kalaulah menulis semudah (dan seringan) A sampai Z...


2 comments:

  1. penulis lebih banyak membaca daripada menulis. :D *fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka tgk org drpd 3 benda;
      -buku apa dy baca
      -dgn sape dy bergaul
      -bagaimana pengalaman membentuk dy

      so,,yepp.senarai ingin-baca kena lg byk dr senarai kena-tulis
      :)

      Delete