aku tak tahu nak ceritakan bagaimana. cuma mungkin boleh diterangkan melalui perumpaan-perumpaan yang aku rasa sesuai.
baiklah. semua orang merasai sakit. tapi untuk minggu pertama aku di Tarim, 'sakit' yang aku alami berbeza.
seolah olah kau berjalan di sebuah tanah lapang, tiba tiba satu das tembakan peluru tepat mengenai kau. perih. merusuk ke tulang jantung.
pulang ke rumah,kau ubati luka parah tersebut dan mengambil ubatan yang diyakini. esoknya, kau keluar berjalan lagi dengan keadaan lemah. untuk kedua kali, kau ditembak jitu. kali ini langsung rebah. pengsan.
beberapa jeda waktu....
buka mata,segalanya normal. kau dapati tiada kesan kecederaan yang tinggal di tubuh.sihat wal afiat. bahkan lebih sejahtera berbanding hari pertama kau ditimpa celaka. cergas dan segar kau kini. riang meneruskan perjalanan berbaki.
ah,mungkin kurang kerapatan makna di sebalik insiden rekaan di atas.
begini. mukmin ialah cermin kepada mukmin yang lainnya. semasa fasa awal di Tarim, aku melihat orang dengan pandangan yang 'unik'. aku dapat rasakan aura kebaikan dan kejernihan mereka 'menyakitkan' aku. macam kena hiris lumat-lumat jiwa ini. bukan terhadap seorang,bahkan hampir semua.
"ya Allah,kenapa semua orang baik sedangkan aku yang paling teruk kat sini?
kenapa aku tak husnudzhon seperti mereka?
kenapa mereka boleh mujahadah sebegitu mudah?
kenapa ringan sahaja mereka melunas satu persatu ibadah tanpa mengira waktu?
bagaimana mereka capai husnul khuluq?
apa yang menjadikan mereka sesempurna ini?
di syurgakah aku?
malaikatkah mereka?"
kenapa aku tak husnudzhon seperti mereka?
kenapa mereka boleh mujahadah sebegitu mudah?
kenapa ringan sahaja mereka melunas satu persatu ibadah tanpa mengira waktu?
bagaimana mereka capai husnul khuluq?
apa yang menjadikan mereka sesempurna ini?
di syurgakah aku?
malaikatkah mereka?"
aku semakin tenat menahan 'sakit'.
menanggung beban-beban persoalan yang berpunca dari kebobrokan hati dan nafsu sendiri.
sampailah suatu malam Ramadhan nan mulia..
aku semakin 'sembuh'.hari demi hari,aku mula serasi menggauli keindahan dunia Tarim. senyumanku bertukar tawa,kasih bertukar cinta..
dan jasad bertukar nyawa.
syukur ya Allah,kau letakkan aku di lembah rahmat-Mu.
aku pohon ya Tuhan, aib-aib diriku Kau sembunyikan di sini dan bakal akhirat sana.
aku pohon ya Tuhan, aib-aib diriku Kau sembunyikan di sini dan bakal akhirat sana.
#manakan cukup 40 hari dimuatkan dalam hanya tiga siri.kekeke