Pages

Monday, December 15, 2014

merah



I.
Bagi aku, Merah lambang kebenaran.
Lihat kelipan merah di tiang lampu isyarat mengingatkan, 'Benar,kau harus berhenti. Bukan main-main bahaya yang bakal kau tempuh sekiranya kau redahkan saja isyarat ini.'
Merah juga peduli akan kebenaran.
Semasa zaman sekolah, tiap kali terdapat kesalahan, maka selajur pangkah merah menghiasi ruang kertas jawapan yang kau sangkakan benar pada awalnya.
Merah kadang kala menguji kebenaran.
Kau kata ikhwatuna di Syria bermandi darah, merah tanah mereka diresapi kebenaran akidah sedangkan kau, ingin bangkit subuh meninggalkan saratoga merah pun sudah payah.
Merah sensitif pada kebenaran.
Cuba seseorang sedang lunak mendustai kata yang kau tahu ia sama sekali menyanggahi kebenaran, tidakkah merah merubah wajah saat kesabaran jadi tuntutan.

II.
yang kurik itu kendi,
yang merah itu Abrus precatorius;
yang baik itu budi,
yang indah itu niat nan tulus.

III.
"Porsche warna merah.
Cis,angan-angan."

Friday, June 27, 2014

tarim 2.5: Jendela hati

aku tak tahu nak ceritakan bagaimana. cuma mungkin boleh diterangkan melalui perumpaan-perumpaan yang aku rasa sesuai.

baiklah. semua orang merasai sakit. tapi untuk minggu pertama aku di Tarim, 'sakit' yang aku alami berbeza.


seolah olah kau berjalan di sebuah tanah lapang, tiba tiba satu das tembakan peluru tepat mengenai kau. perih. merusuk ke tulang jantung. 
pulang ke rumah,kau ubati luka parah tersebut dan mengambil ubatan yang diyakini. esoknya, kau keluar berjalan lagi dengan keadaan lemah. untuk kedua kali, kau ditembak jitu. kali ini langsung rebah. pengsan.

beberapa jeda waktu....

buka mata,segalanya normal. kau dapati tiada kesan kecederaan yang tinggal di tubuh.sihat wal afiat. bahkan lebih sejahtera berbanding hari pertama kau ditimpa celaka. cergas dan segar kau kini. riang meneruskan perjalanan berbaki.

ah,mungkin kurang kerapatan makna di sebalik insiden rekaan di atas.

begini. mukmin ialah cermin kepada mukmin yang lainnya. semasa fasa awal di Tarim, aku melihat orang dengan pandangan yang 'unik'. aku dapat rasakan aura kebaikan dan kejernihan mereka 'menyakitkan' aku. macam kena hiris lumat-lumat jiwa ini. bukan terhadap seorang,bahkan hampir semua. 

"ya Allah,kenapa semua orang baik sedangkan aku yang paling teruk kat sini?
kenapa aku tak husnudzhon seperti mereka?
kenapa mereka boleh mujahadah sebegitu mudah?
kenapa ringan sahaja mereka melunas satu persatu ibadah tanpa mengira waktu?
bagaimana mereka capai husnul khuluq?
apa yang menjadikan mereka sesempurna ini?
di syurgakah aku?
malaikatkah mereka?"

aku semakin tenat menahan 'sakit'.
menanggung beban-beban persoalan yang berpunca dari kebobrokan hati dan nafsu sendiri.

sampailah suatu malam Ramadhan nan mulia..
aku semakin 'sembuh'.hari demi hari,aku mula serasi menggauli keindahan dunia Tarim. senyumanku bertukar tawa,kasih bertukar cinta..

dan jasad bertukar nyawa.

syukur ya Allah,kau letakkan aku di lembah rahmat-Mu. 
aku pohon ya Tuhan, aib-aib diriku Kau sembunyikan di sini dan bakal akhirat sana.


#manakan cukup 40 hari dimuatkan dalam hanya tiga siri.kekeke


Monday, February 10, 2014

pada erti

karyawan
penyair
penulis
sasterawan
- atau apa saja yang aku sendiri melabel orang-orang seangkatan dengan aku.

jalannya bukan mudah menurut telahan orang. bertarung emosi tiap kali memintal idea dan menculik kata kata nan tepat di sebalik buku,kertas,nota, artikel yang berselerak. belum termasuk pen pensel yang kerap hilang entah ke berapa kali.

aku sering bayangkan, minda mereka yang tak seperti aku. apa yang mereka fikirkan dalam seharian?
baju apa yang nak dipakai?
gaya fesyen terkini?
cara kukuhkan personaliti dan kredibiliti?
berapa duit baki bulan ini?
kenapa si dia mula menjauh?
siapa bakal imam-makmumku nanti? 
bla..bla..bla..
dan senarai tanda tanya semua ini jarang atau tak pernah menari dalam otak aku. 
atau aku saja yang pelik?

menulis mengajar aku merumus diri sendiri. Allah takkan anugerahkan aku bakat untuk aku siakan. aku bersandar di pohon niat dan harapan kala aku bingung tanpa punca. ya,ia perlukan istiqamah; yang mulianya melebihi karamah. moga-moga aku sudah ketemu jawapan- apa ertinya aku menulis.

bacalah..
bila kau perlu tahu.
dan tulislah..
bila kau tahu perlu.

-catatan peribadi bertarikh 30 Januari-

Monday, January 6, 2014

a writer's note


'..to be a writer is, in a sense, to be a day-dreamer,to be living a kind of double life. the young writer feels he can make his emotions into poetry. he should begin of course, by imitating the writers he likes. this is the way the writer becomes himself through losing himself- that strange way of double living, of living in reality as much as one can and at the same time of living in that other reality, the one he has to create, the reality of his dreams.' -the writers apperenticeship-

#head up for the challenge.

Friday, January 3, 2014

2013

jujur sahaja.

antara perkara saya sesalkan sepanjang tahun 2013 ialah:

1. apabila ada orang bertanyakan pendapat, saya gagal mengeluarkan respon yang matang juga tidak berusaha memberi jawapan yang menenangkan.

2. saya menyampaikan cerita lagha kepada orang gagal dipercayai. tulah, asal usul niat pun lagha, maka lagha al-hasil. haih~

antara perkara saya paling hargai sepanjang tahun 2013 ialah:

1. kembara Turki dan seluruh kegilaannya.

2. daurah Tarim dan sekalian ahlinya.

#2014, here I come.
zik,mohon berazam tunaikan azam..