Pages

Tuesday, December 31, 2013

kawakib

#permata Satu

Saya kerap tontoni beliau hanya menerusi rakaman siri tazkirah singkat berdurasi kurang lebih 5 minit di halaman youtube..

"Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..wassolatu wassalam ‘ala sayyidina Rasulillah.." ungkapan tahiyyat pembukaan beliau ada nada tersendiri,,sama pada setiap sesi video. Suara lunak-tegas ketokohan beliau mampu menangkap perhatian sanubari tiap pendengar seolah disertai harapan..’anak-anakku sekalian,dengarlah bapamu ini berbicara..’

Seperti mimpi. Sosok ilmuwan mulia itu di depan mata secara langsung ketika menghadiri haflah tempoh hari. Hati berbunga-bunga sedari berfikir peluang itu entah kan sampai lagi pada lain masa.

Ungkapan doa-doa nan kudus beliau saya aminkan. Sekali lagi,seperti mimpi. Tika saya pejamkan mata erat, memvakumkan ruang udara sekitar hanya ingin mendengar kalam beliau.. Ah,air mata tak terbendung. Tuhan,perasaan apakah ini..

#permata Dua

Tawakkal ialah urusan ajaib bagi orang mukmin. Tinggal percaya atau tidak dan usaha yang kita gagahkan ikhlas atau tidak.

Diri ini tidak pernah cukup, baik dari segi material mahupun spiritual. Namun hadirnya pertolongan murni beliau melengkapi keperluan ibadah hamba serba hina ini. Bukan sedikit sekadar jasanya saya boleh balas dengan ucapan terima kasih langsung berlalu pergi, bukan juga hampa nilai yang saya mudah lupakan seiring masa berjalan. Tetapi hinggakan tiap hela nafas dan nadi,tiap cicip rezeki dan rasa abdi,saya syukuri.

Ada hikmah menanti di balik episod kehidupan. Biarlah cerita pengorbanan-kebaikan itu terpahat kemas tatkala saya hampir lemas bergadai pilu menghitung satu persatu wajah-wajah kesayangan yang jauh terpisah.

Dengannya,wujud 'hutang tagih ilmu' yang perlu saya lunaskan.

#permata Tiga

saya kenal makna baru apa itu cinta. beliau benar menunjukkan teladan dan bagaimana memanifestasikan cinta yang mana bukan hanya termaktub dalam kalam-kalam indah para penyair.

saya suka gaya hikmahnya dalam menasihat,,adakala gurauan beliau yang lucu,,dan kesediaan beliau mendengar apa jua keraguan dan masalah kami. sesekali menyelitkan pesanan 'tegur tanda sayang' agar kami sentiasa berwaspada menjaga pintu hati.

moga jodoh kita berpanjangan dan cinta antara para pencinta dibalas dengan cinta sehakikat cinta.

#ya Allah, tahfaz lahum, kawakib fi qolbi..