Pages

Monday, February 10, 2014

pada erti

karyawan
penyair
penulis
sasterawan
- atau apa saja yang aku sendiri melabel orang-orang seangkatan dengan aku.

jalannya bukan mudah menurut telahan orang. bertarung emosi tiap kali memintal idea dan menculik kata kata nan tepat di sebalik buku,kertas,nota, artikel yang berselerak. belum termasuk pen pensel yang kerap hilang entah ke berapa kali.

aku sering bayangkan, minda mereka yang tak seperti aku. apa yang mereka fikirkan dalam seharian?
baju apa yang nak dipakai?
gaya fesyen terkini?
cara kukuhkan personaliti dan kredibiliti?
berapa duit baki bulan ini?
kenapa si dia mula menjauh?
siapa bakal imam-makmumku nanti? 
bla..bla..bla..
dan senarai tanda tanya semua ini jarang atau tak pernah menari dalam otak aku. 
atau aku saja yang pelik?

menulis mengajar aku merumus diri sendiri. Allah takkan anugerahkan aku bakat untuk aku siakan. aku bersandar di pohon niat dan harapan kala aku bingung tanpa punca. ya,ia perlukan istiqamah; yang mulianya melebihi karamah. moga-moga aku sudah ketemu jawapan- apa ertinya aku menulis.

bacalah..
bila kau perlu tahu.
dan tulislah..
bila kau tahu perlu.

-catatan peribadi bertarikh 30 Januari-

Monday, January 6, 2014

a writer's note


'..to be a writer is, in a sense, to be a day-dreamer,to be living a kind of double life. the young writer feels he can make his emotions into poetry. he should begin of course, by imitating the writers he likes. this is the way the writer becomes himself through losing himself- that strange way of double living, of living in reality as much as one can and at the same time of living in that other reality, the one he has to create, the reality of his dreams.' -the writers apperenticeship-

#head up for the challenge.

Friday, January 3, 2014

2013

jujur sahaja.

antara perkara saya sesalkan sepanjang tahun 2013 ialah:

1. apabila ada orang bertanyakan pendapat, saya gagal mengeluarkan respon yang matang juga tidak berusaha memberi jawapan yang menenangkan.

2. saya menyampaikan cerita lagha kepada orang gagal dipercayai. tulah, asal usul niat pun lagha, maka lagha al-hasil. haih~

antara perkara saya paling hargai sepanjang tahun 2013 ialah:

1. kembara Turki dan seluruh kegilaannya.

2. daurah Tarim dan sekalian ahlinya.

#2014, here I come.
zik,mohon berazam tunaikan azam..

Tuesday, December 31, 2013

kawakib

#permata Satu

Saya kerap tontoni beliau hanya menerusi rakaman siri tazkirah singkat berdurasi kurang lebih 5 minit di halaman youtube..

"Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..wassolatu wassalam ‘ala sayyidina Rasulillah.." ungkapan tahiyyat pembukaan beliau ada nada tersendiri,,sama pada setiap sesi video. Suara lunak-tegas ketokohan beliau mampu menangkap perhatian sanubari tiap pendengar seolah disertai harapan..’anak-anakku sekalian,dengarlah bapamu ini berbicara..’

Seperti mimpi. Sosok ilmuwan mulia itu di depan mata secara langsung ketika menghadiri haflah tempoh hari. Hati berbunga-bunga sedari berfikir peluang itu entah kan sampai lagi pada lain masa.

Ungkapan doa-doa nan kudus beliau saya aminkan. Sekali lagi,seperti mimpi. Tika saya pejamkan mata erat, memvakumkan ruang udara sekitar hanya ingin mendengar kalam beliau.. Ah,air mata tak terbendung. Tuhan,perasaan apakah ini..

#permata Dua

Tawakkal ialah urusan ajaib bagi orang mukmin. Tinggal percaya atau tidak dan usaha yang kita gagahkan ikhlas atau tidak.

Diri ini tidak pernah cukup, baik dari segi material mahupun spiritual. Namun hadirnya pertolongan murni beliau melengkapi keperluan ibadah hamba serba hina ini. Bukan sedikit sekadar jasanya saya boleh balas dengan ucapan terima kasih langsung berlalu pergi, bukan juga hampa nilai yang saya mudah lupakan seiring masa berjalan. Tetapi hinggakan tiap hela nafas dan nadi,tiap cicip rezeki dan rasa abdi,saya syukuri.

Ada hikmah menanti di balik episod kehidupan. Biarlah cerita pengorbanan-kebaikan itu terpahat kemas tatkala saya hampir lemas bergadai pilu menghitung satu persatu wajah-wajah kesayangan yang jauh terpisah.

Dengannya,wujud 'hutang tagih ilmu' yang perlu saya lunaskan.

#permata Tiga

saya kenal makna baru apa itu cinta. beliau benar menunjukkan teladan dan bagaimana memanifestasikan cinta yang mana bukan hanya termaktub dalam kalam-kalam indah para penyair.

saya suka gaya hikmahnya dalam menasihat,,adakala gurauan beliau yang lucu,,dan kesediaan beliau mendengar apa jua keraguan dan masalah kami. sesekali menyelitkan pesanan 'tegur tanda sayang' agar kami sentiasa berwaspada menjaga pintu hati.

moga jodoh kita berpanjangan dan cinta antara para pencinta dibalas dengan cinta sehakikat cinta.

#ya Allah, tahfaz lahum, kawakib fi qolbi..

Thursday, October 31, 2013

grrr


Seconds, hours, so many days
You know what you want, but how long can you wait?
Every moment last forever.
When you feel you've lost your way.

What if my chances were already gone?
I started believing that I could be wrong.
But you give me one good reason.
To fight and never walk away.

So here I am, still holding on

With every step, you climb another mountain
Every breath, it's harder to believe
You'll make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing.

Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
There are no boundaries.
There are no boundaries.

I fought to the limit, to stand on the edge
What if today is as good as it gets?
Don't know where the future's heading
But nothing's gonna bring me down
I've jumped every bridge and I've run every line
I risked being safe but I always knew why
I always knew why

So here I am, still holding on


You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you
And your dreams

With every step, you climb another mountain
Every breath, it's harder to believe
You'll make it through the pain, weather the hurricanes

There are no boundaries.
-song by Kris Allen

kepada ahli beit Nana,,kawan sekolah Shakila,,geng travel Farah,,teman sembang Zek..

aku

rindu

korang!


#saat mata ditusuk habuk.

Thursday, October 24, 2013

untuk shakila

salam alaik.

sekarang aku lebih mampu untuk tulis.

shak, pertama kali tahu kau nak sambung malaysia,aku slumber je..in state of denial.
lepas peluk kau masa kat rumah hari tu,terus terasa yang aku kena terima kenyataan..tak mudah untuk biar kau pergi..jauh.

atas alasan..

1. kau schoolmate aku..dekat lima tahun kita kenal.kau faham aku almost 100%. betapa degilnya dan 'kuat'nya aku..

2. jujur,kita bukanlah best friends yang duk berkepit sana sini..gossip berdua sampai tengah malam..sharing benda-benda comel sama..tak. tapi aku tahu,kau ada. itu lebih dari cukup.

3. bila aku rasa down lalui masa mencabar,usha kau pulun study kat library,baru aku rasa semangat balik. entah.lepas ni aku nak usha siapa..

4. gelak kau..unik. bersungguh gila.tu yang aku akan rindu.sebab kau selalu layan apa-apa yang aku rapikkan..walau mengarut je semua..hehe

5. ingat kan pagi 26 Julai 2013 exam oral parasite

"shak,,hello.weh boleh tolong aku tak..aku pincang nih"

"nape zik?"

"kan aku fly pergi yaman malam ni..tengok beg sebelah katil..dah tak rasa diri aku kat egypt dah.. try jawab soalan past years..tak boleh nak fokus langsung..nervous kot..terbayang yaman je sekarang."

"laa..tak sabar nye..habis tu?"

"hehe..aku taw ni cam kerja gila..boleh tak kau datang sekolah awal..soal soal dengan aku..at least aku boleh tenang sikit."

"haha ok.no hal.aku siap jap."

"thanx shak..sori taw susahkan kau. 6.30 kita jumpa kat hadiqah ea."

hmm..orang pertama yang aku cari time kalut..kau.

6. masa nak tulis wasiat untuk kau sebelum kau balik Malaysia,tangan ni menggeletar..air mata laju menitik..ah.aku komotkan je kertas tu. campak.bangun,ambil wudhuk,solat,nangis..

7. kalau kau rasa kau penambah perit perpisahan aku dengan kawan kawan aku yang lain, kau silap..bahkan kaulah yang terawal mengajar aku erti tabah sebelum saat ia benar-benar teruji.


zaman remaja




pesanan ringkas aku..

-walau di mana kita dan apa keadaan sekalipun, jika niat kita baik akan disusuli oleh tindakan yang baik dan menghasilkan natijah yang baik. insyaAllah

-kapal terbang tidak akan mendarat di atas landasan yang penuh dengan kayu dan batu-batuan. begitu juga ilmu tidak akan mendarat di hati yang kotor dan berpenyakit.

adios.
jumpa kau kat puncak kinabalu..eceh
;D

Wednesday, October 9, 2013

rapiks

I
enggan menulis
menulis dalam enggan.

bodoh.

siapa?

yang bertanya.

ah
bukankah dunia penulisan
penuh aneh dan gila

ya
bila kau menulis
sambil makan.


II
Lovers don't finally meet somewhere. They're in each other all along -Rumi

kadang mengasihi perlu kesabaran
untuk terima bahawa kesakitan
adalah cabaran bertambah kasih sayang


III
ajaib.
tak masuk dek akal

tak mustahil
dari tiada menjadi ada

bingung sebentar
dan akhirnya
kau akui
tiap yang sunyi
ada isinya

senyum
syukur.


#merapik lagi