Pages

Tuesday, June 11, 2013

ingin

musim exam sinonim dengan musim berangan..erk.

ada dua tempat khayalan yang saya singgah sekiranya sedang bingung.

pertama: Pamukkale,Turkey

foto sendiri lain kali.

jujur,inilah satu satunya aktiviti yang tak terlintas dalam senarai perancangan ke Turkey dulu.
tapi disebabkan ada seorang member owwhsem ajak,,hah. terus setuju. alang alang melancong tempat orang biar sampai ke pangkal keluar-biasaan.

Paragliding;terjun sambil histeria dari puncak bukit..setinggi bangunan KLCC..pergh.
memang tak berpijak di bumi nyata. (dah terbang di udara kan)

ada peluang,,nak buat lagi..dan lagi..
mungkin skydiving pula (?)-sedang difikirkan ke arah itu.
weehee~



kedua: Hospital Kasr el Aini

code blue

duk tengok saja sut biru dalam almari tu.

pernah ambil pengalaman masuk ke bilik pembedahan dengan muka tak malu dan tak ada ilmu.
tanya kepada doktor-doktor apa yang perlu..sampai berdiri tiga jam pun dirasakan sekejap.

di wad bersalin..menyaksikan siri keunggulan para ibu berjihad bertarung kudrat demi kehidupan seorang anak.
dalam 40 minit,enam kelahiran berjaya direkodkan.

Wallahi waktu itu,,saya rindu pada Mama tiba-tiba.
(serta teringat akan dosa pahala)



#ok.patah balik ke meja study lalu menghadap hakikat.


Wednesday, May 29, 2013

ke 21





wa nahnu ayyam
[dan kita umpama bilangan hari]

bermula hari esok,berkurang juga baki umur kita.

kepada Mama dan Abah terchenta,
selamat ulang tahun melahirkan dan mengiqamahkan anak (serbi nakal) ini
yang ke 21.
^^,



#pesan pada diri,
kembali.

Wednesday, May 22, 2013

dididik


di rumah Ustazah Sana'..
macam biasa, saya ditasmik bacaan.

setelah itu tiba sesi tahsin (tilawah menghadap Quran sambil betulkan tajwid)

"zikra, teruskan baca sampai saya minta berhenti."

erk.kenapa..tak pernah ustazah suruh baca sebanyak nih
tup tup..dah berlalu sepuluh halaman rupanya.
fuuh~

akhir perbualan, dengan senyuman yang tak pernah lekang,
"sebenarnya kamu ada saja masa untuk ulangkaji Al Quran kan.."

gulp. tersedar:
1. saya dah tiga minggu terpisah hubungan dengan Ustazah. calling-calling,bertanya khabar pun tidak..apatah lagi ziarah rumah Ustazah sambil bermain dengan cucu beliau.
2. melihatkan prestasi ingatan saya yang tidak memberangsangkan dan kian melembap persis keldai berjalan memikul buah-buahan (di Mesir)
3. haila Zik..jangan kaf-sin-lam-alif-nun dan nun-sin-ya-alif-nun sangat..

benar. istiqamah yang membezakan kita.


syifa wa rahmah


akademik satu sub-pendidikan.
Al Quran masih buku pertama.


#senyum gelabah nak exam~


Friday, May 17, 2013

#buku mei


Judul: Himpunan Makalah Seminar Ta’dib Islami
Penerbit: ABIM,2008

Berikut antara esei yang saya minati:

[Pengaruh fiqh Shafi’e dalam pemikiran masyarakat melayu di Malaysia]
Menceritakan latar belakang pengukuhan prinsip mazhab Shafie oleh ulama tradisional dalam usaha membendung tiga fasa gelombang gugatan yang pernah berlaku di Malaysia. Fasa tersebut ialah ijtihad gerakan Islah menolak taklid, persoalan khilafiyyah kemudiannya golongan muda yang mencabar kelayakan ulama dengan alasan mereka juga manusia biasa. Apapun, pemersatuan di bawah payung mazhab ini penting sebagai eleman menguatkan perpaduan umat juga menyangkal aliran tidak bermazhab.  

[Ketuhanan dalam akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah]
Ahli Mutakalimun menggariskan keseimbangan menerusi pencirian Tuhan antara konsep tanzih (hakikat wujud tertinggi nyata berbeza dengan makhluk meski terdapat persamaan bahasa) dan ithbat (meletakkan sifat makhluk seperti tajsim dan tashbih) setelah terbit mauduk-mauduk perbahasan selari dengan integriti wahyu serta penerimaan akal. Keberatan ke arah salah satu wazan (tanzih dan ithbat) boleh membawa seseorang jatuh syirik ataupun mengheret kewujudan Tuhan yang jauh daripada manusia.

[Human Rights and Islam]
Impak politik dan layanan piawaian berganda terhadap kaum tertindas membuah Deklarasi Hak Asasi Manusia berorientasi Barat; mengambil pendekatan antropocentrist hasil daripada kebebasan mutlak diri akibat tekanan kolonisiasi dan amalan feudal. Tambah, Islam ketengahkan sudut pandang theo-centric di mana hak keharmoniaan kepada insan sejagat mampu dicapai apabila tiap individu merasa taat kepada Tuhan lantas timbul kemahuan agar rasa itu turut dikongsi bersama lainnya.

[Analisis pemikiran Hassan Al Banna (Mesir),S. Abul A’la al Mawdudi (Pakistan), Dr. Muhammad Natsir (Indonesia) ]
Mereka merupakan mujaddid Islam yang unik pada zaman masing-masing bersejarahkan liku penglibatan khusus,episod keluar masuk penjara, dan rencam umah sekeliling. Turut dinyatakan sumbang peran mereka seputar pendidikan,organisasi massa dan gagasan kenegaraan yang menjadi model tertentu kepada penerusan gerakan Islam. Pandangan kontroversi seperti soal ijtihad,kemerdekaan berfikir,praktikaliti tasawwuf mendatangkan bentuk kupasan tersendiri yang lahir dari petak ideologi mereka.

Ekstrak: Terdapat tajuk lain berkisar respon kepada isu-isu yang muncul pada waktu itu. Contoh, tentang penggunaan kalimah Allah oleh non Muslim.
Saya lihat pada fatrah ‘perang idea’ sekarang ini, wibawa sesuatu faham tidak harus semata bersandarkan justifikasi liar,fanatisme,doktrin, kalaupun polemik kesamarataan. Justeru, tindakan mempelajari susur pemeliharaan ilmu ialah tembok persiapan diri dalam ertikata sebenar.

Buku dalam progres- Historical and contemporary perspectives on Islam and identity in Southeast Asia and China



#ada kata,orang kuat 'belajar', kena kuat iman.
nak kuat iman,kena belajar.
nah.

Friday, April 26, 2013

fathi


Fathi yang bambam-buncit-comel,,
selamat pulang mengundi di tanah air
hehe.

dengan aunty-peminat no.1 abang long Fathi
^^,

sobbs.
bila la dapat buli dia lagi
moga panjang jodoh kita..



rindu,
Achik Zik
=')



#video rakaman dilarang muat naik kerana terdapat unsur penderaan kanak-kanak semi-ekstrim oleh kumpulan makcik-makcik pra matang~
ngeh3


Friday, April 12, 2013

abjad

berikut al hasil contengan saya
sewaktu jemari kanan mematuk- matuk papan kekunci
sambil belah yang kiri memperosok segala macam barang ke dalam beg travel.

dan siap-hantar-lewat pada hari kejadian berangkat ke Turkey 2013
sekarang,dibaca semula sebagai alat penampar diri semulajadi~


#tentang masa
Konsep masa dan ruang;satu keajaiban yang sentiasa diburu para saintis. Masakan tidak, dalam dunia materialism yang perlu kita cermat kendalikan, lambakan gadget canggih berfungsi utama- memudah urus pencapaian masa. Namun tetap manusia dengan keterbatasan fizikal dan lingkungan emosi terkadang menjadikan kita manusia leka.

Kita sering menanggapi masa sebagai satu bebanan masalah. Alasan tak cukup masa acapkali kita luahkan. Sedang ulama sukses terdahulu meski umur sedikit mampu menerbitkan infiniti senarai sumbang saran untuk kebaikan generasi depan. Siapatah lagi yang dikurnia rezeki umur panjang oleh Allah. Mungkin sahaja kita masih belum berusaha keras untuk teladani faktor keberkahan mereka.

أللهم إنى أعوذبك من العجز والكسل
Lemah dan malas ialah penyakit yang merugikan masa. Sikap malas berpunca daripada kelemahan mengurus masa. Apabila lemah daya tuju juga,nikmat masa lapang,akal cerdas dan anugerah kesihatan akan kita siakan percuma walhal kita maklum sesungguhnya tugas menghadam kewajipan  lebih banyak daripada waktu yang terhidang.

 Umum,kita agak cenderung memilih kelalaian dan keseronokan bila mana kita kira malam masih awal. We are young katanya. Keliru mengasing duduk letak perkara yang awla diselesaikan. Bertangguh dan beralasan agak sinonim dengan peringkat umur kita. Iman bersifat naik dan turun,maka berdoalah selalu agar gigih dalam pembikinan mujahadah diri.

Master the art of timing!-Robert Greene,Laws of Power
Kuasa merancang adalah kunci kepada produktiviti. Tatkala pintunya sudah terbuka,bersedialah untuk melalui terowong masa sama ada bertatih,berjalan mahupun berlari. Gangguan pasti mengalih sistem fokus kita. Di checkpoint ini,menentukan cepat atau  lambat ketibaan kita ke destinasi akhir matlamat. Boleh melayan kehendak diri tapi awas, jangan terlalu asyik lalu terbuai. Teruk padahnya. Kerana ada  orang lain telah lebih padu dan laju meninggalkan kita.

Alhamdulillah kini kita berada dalam fatrah riang ria cuti musim dingin. Menemui peluang berehat selepas saban detik berteman akrab dengan timbunan buku dan nota. Syukuri dan isi keluangan masa ini dengan bijak menurut kapasiti dan kesesuaian masing masing. Ada antara kita musafir ke rantau orang ,berekspedisi mencabar upaya diri,mencambah nilai ilmu dan kemahiran, juga menghubungkan jalinan sesahabat. Apapun aktiviti pilihan kita,berbuat ikhlaslah selagi mana dalam ketaatan.

Ucapan mabruk muqaddam bagi mereka yang hari esoknya lebih baik daripada hari ini yakni menggunakan kesempatan mengambil sebarang bentuk ibrah untuk kembali kepada misi sebagai seorang pelajar kehidupan. Moga kepadatan waktu yang kita laburkan kekal bermanfaat lantas menjadi saksi amalan saat timbangan mizan kelak. Berbekal niat nan lurus,hadiahkan masa untuk ummah.

Selamat bercuti-cuti,kawan.
23.01.13



#haih.kalaulah menulis semudah (dan seringan) A sampai Z...


Tuesday, April 2, 2013

soal hati


tengok tajuk entri pon dah geli geleman.
(bagi saya)

tapi bila saya menjadi orang kepercayaan
saya dipercayai oleh orang
dengan sepenuh percaya

maka soalnya hati adalah milik Tuhan
dan saya hanya penyampai hasrat
daripada si soleh kepada si solehah

moga maqbul.


belajar memberi yang terbaik
juga adil.



#biar pecah perut,,jangan pecah di facebook.
ataupun twitter..err..errrr
;)