Pages

Wednesday, April 25, 2012

habit

HABIT is...

a. A recurrent, often unconscious pattern of behavior that is acquired through frequent repetition.
b. An established disposition of the mind or character

Habit saya pulak,,main wordsearch sebelum study..
(macam takde aktiviti lain je)




kira kira lima minit mencari 'kalimah tersembunyi'..saya dapati..
-melatih sistem fokus..katakan kita nak target the word 'idiosyncratic',,dilarang untuk fikirkan perkataan lain selepasnya yang lebih kurang,contoh 'idiochromatic',,lebih mudah nak jumpa.
-brain mapping..kalau awak positif akan dapat dapat cari perkataan tu seserabut mana pun,,memang akan dapat..tapi kalau dah mula rasa geram atau fed up..akan makan masa.
-it's done..kadang kadang boleh jadi ralik main ni,,jadi kita kena terus habiskan satu page..tutup,,jangan nak mengada buka next page.

hmm,,kan bagus kalau amal amal cantik dalam hidup ni kita anggap habit.
Rasulullah s.a.w suka senyum dan itulah antara habit baginda.
beristighfar tujuh puluh kali(bahkan lebih)dalam sehari.
if anyone approached him,he was the first to greet.
when he used to recite or listen to the Quran,he used to cry out of fear and love for Allah.
he never used to become angry over any wordly matter.
at times he used to joke in order to make the person happy,however even his jokes were true.
and lots more....

#cubalah...
jadikan study itu satu habit dan ibadah yang sebati,,kalau tak buat,rasa serba tak kena.
=_=" (terasa)

Ya Allah,ana berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas..ameen.

Tuesday, April 24, 2012

debat sehat

setelah dua tahun tak berdebat,,rasa outdated sangat..huh,padan muka.
tahun lepas,tak tengok pun orang lain lawan,,sebab nanti jealous..plus geram.


tup tup..farah nur ziha mesej,,ajak join.
katanya, "aku dah bosan hidup dalam keskemaan ini..haha..jomlah weyh"
tambah lagi sorang member,,azri hisam.
kami bertiga pun memulakan perjalanan..
saya memang biasa pegang pembahas pertama..azri next..fara third.


hari penentuan,,saya agak 'hilang arah'..yelah,,dapat acute cough tiga minggu non stop.
nafas pun kadang kadang sesak,,suhu badan turun naik,,hidung tersumbat,,kepala ni rasa berat je,,
nak critical thinking pun,,sampai tak sampai.
pagi..tidur,,petang..sambung diskus,,malam..berentap.
fergh,,rasanya kalau ada orang keempat,,memang saya mintak ganti masa tu  jugak..
tapak kaki ni dah terasa sejuk,,dahi makin panas..erggh,,redah sajalah..kena stay cool~


pengalaman ajaib saya,,tak pernah jadi ketua pembangkang.
kalau undi,tangan ni memang cop kerajaan,,sokmola jadi perdana menteri je.
dan,,saya telah membuat kesalahan terbodoh dalam sejarah..
terlupa untuk meminda definisi usul PM..juri pun tepuk dahi..aduus.
masa berhujah,,macam bukan saya..tak selancar biasa..bersalah lagi.
so,,akibatnya,,dewan persidangan menjadi saksi kekalahan kami.


jadi,,anda(dan saya) harus sihat..fizikal dan mental.kerana dengan itu,,hadir keyakinan dan kesediaan yang mantap..barulah dapat berdebat dan bersaing secara sihat,stabil,dan saksama.


sepertimana nabi Musa a.s berdebat dengan sang Fira'un.
sebagaimana nabi Ibrahim a.s berdebat dengan Raja Namrud.
juga nabi Lut a.s berdebat dengan kaum Sadum.
berjuang menegakkan hakikat tauhid;bahawa Tuhan itu Allah yang Esa.
para Anbiya' tidak kalah dan mengalah,,bahkan sabar menanti kemenangan dariNya.

#terima kasih pada yang memberi sokongan..
maaf kepada yang tak tertunai harapan..
sila top up mana mana kekurangan..


:)

Sunday, April 15, 2012

buku baca


hah..bicara tentang buku..

saya akui,,kini pembacaan saya kian merosot,,menjunam,,ke arah infiniti.
ternyata,,saya rindui saat saat indah bersama buku.

kaki melangkah ke galeri buku,,semacam masuk ke bakery..aromanya segar dan menyegarkan...pencahayaan yang gemilang,,seolah menyelami dunia misteri untuk diterokai; sunyi,aman,dan nyaman, sepi dari kebisingan luar.

saya melihat buku seperti memandang kek..selera minda yang sentiasa tercabar.."don't judge a book by its cover,don't judge a food by its colour" adalah satu falsafah yang tak pernah saya gunakan..kerana saya percaya,,kulit buku menceritakan kualiti dalamnya..seorang penulis hebat akan bersama agensi penerbitan yang mantap,,dan buku yang dikeluarkan bukanlah calang calang..first impression saja bisa menggugah naluri tukang pilih berdasarkan deria keenamnya nan tajam..

di rumah,,saat menconteng ruang atas kanan halaman kosong pertama satu keterujaan.. 'zikrie's,MPH,040510' yeah,,ini milikku..membelek dan terus membelek,,sehelai demi sehelai,, chapter ke chapter,,adakala baca atas katil hingga terlelap..maklumlah sampai tengah malam..bangun bangun menggelabah cari muka surat terakhir yang dibaca..

satu hari suntuk boleh saya fokuskan kepada buku..lepas zohor,baca..azan asar,berhenti..solat dan ngaji, sambung balik..berulang hingga ke subuh esoknya.."Hanis,,turun!!tolong Mak ni.." hmm..saya yang begini,"Mak,,kejap..sikit lagi..satu muka lagi..last last." hah,laju laju habiskan baris terakhir di bab terkini..tandakan.bingkas bangun..situasi kat dapur,"Mak,,Hanis tengah baca satu buku ni,,best giler,,bla bla bla."

bila dah habis baca,lega sangat rasanya..katup buku.pejam mata.tarik nafas.hela puas.senyum sendiri.orang pertama yang saya akan ceritakan ialah pada Abang..sebab tahu,soalan yang dia akan kerap tanya, "Adek tengah baca buku apa sekarang nih??" kalau nak lawan tahap pembacaaan dia,pergh,,memang tak tercapai akalmu.

so,,bila tengok timbunan buku dalam almari tu, geram sangat..rasa nak makan dan hadam satu satu.. tapi,,tak termampu..terpaksa tunggu waktu yang hening,lapang,dan tenang..sabar ye,buku-bukuku sekalian..hehe.


4 dari book fair
2 pinjam
1 orang bagi

waktu paling best baca buku,,sebenarnya masa dalam flight..penumpang lain sibuk tidur di alam lain,,kita berteleku di alam tersendiri..waktu paling tak best,,bila kepala dah terangguk-angguk tahan ngantuk..menunggu untuk pergi ke alam maya lain.. ;) 


Wednesday, April 11, 2012

program sentap

bismillah..


sudah gatal tangan untuk menulis..maka diusahakan jari untuk menaip atas papan kekunci.. memerah otak tentang apa yang nak dicurahkan,,menyelami jiwa pada apa yang nak dikongsikan..


06 April 2012.


kalam kalam sentap sekalian seakan beratur memohon ruang untuk duduk menetap,singgah di rongga hati, lalu pinta untuk diresapkan ke seluruh pancaindera..


Professionalism is..
doing the right thing when nobody is watching.


Laziness is..
nothing more then the habit of resting before you get tired.


jadi,awak ni professional ke pemalas??


Huruf 'ilah(sakit) ada tiga- alif,waw,dan ya.
Tanda 'ilah pada hati pun begitu;
alif-ilbas(bangga diri,nak cari gaduh,marah)
waw-waswas(bisikan jahat syaitan,ragu ragu,dengki)
ya-ya'su(putus asa,malas,bertangguh)


Ubat bagi penyakit emosional ialah dengan spiritual,bukan intelektual.
Usahalah dan belajarlah macam mana pun nak pujuk sedih,,hilangkan tension,,elak sakit hati,,tanpa pulang kepada Allah hanya satu sia-sia.
Malah takut makin parah dan merebak.


Sesiapa yang benar-benar ikhlas mahukan Allah dan Rasul,akan didatangkan di sisinya seorang mursyid(guru) yang benar.


#dan terlalu banyak lagi,,tapi selagi jasad ini belum mampu beramal,,hati masih jauh bersesal,,bagaimana akal mahu berkhayal memiliki redha Tuhan dan manusia..


T_T

Friday, March 30, 2012

my 3 Heroes

hero pertama,my Abah. Cikgu Mohd Nahrawi bin Yusof.
Dulu,Hanis pernah tanya soalan ni pada Abah masa kecik kecik, "kenapa ye nama Hanis cam lelaki? kawan kawan semua ada -ah kat belakang. Amirah,Nabihah,Najah"
Abah dengan slumbernya kata, "Sebab Abah nak Hanis berani,aktif macam lelaki..."
tanpa saya tahu., tak kisahlah nama apa sekalipun. tetap ada harapan,amanah pada sebuah nama.

bila rindu,Hanis akan buka balik lembaran surat cinta Abah..Hanis takkan pernah jemu membacanya dan meniliti tiap lekuk tulisan Abah. kerana kata demi kata itulah,penyuntik kegigihan diri ini. walau airmata ini seakan sudah terbiasa.

Lepas tu kan,sebenarnya Hanis tak layak terima ucapan terima kasih pun daripada Abah. tak payahlah nak berterima kasih pada perkara yang wajib Hanis buat,kan Bah..

hero kedua, my Abang Muhammad Hanif Zikri.

"Dahlah,jangan nangis,,insyaAllah kita jumpa lagi..." Abang memujuk.
"Hanis sayang Abang tau.." dengan suara yang dah tenggelam timbul. Malu pulak rasanya..
suka sangat bila hujung minggu Abang ada call,, terjah ym Abang tengah-tengah malam..atau masa kita skype merentas tiga negara..update cerita,,lagi lagi masa terkeliru antara suara Abang dan Adik yang dah memang sebijik. Aduus~

bila rindu,Hanis buka balik album Jordan raya haji kita tahun lepas,,blogwalking ziarah karya Abang..senyum sorang sorang..dengan rasa Abang di sana pun akan usaha yang terbaik,,bagi pembekal semangat untuk Hanis juga kat sini.

hero ketiga,my Adik Muhammad Hamim Zikri.

"kakak,kenapalah Kakak belajar jauh-jauh..?kalau Kakak ada,senang sikit reda."
"Adik,supaya Adik boleh lebih matang dan berdikari,sebab banyak sangat nanti benda yang Adik perlu fikir sendiri.."
Mana mungkin saya tegar untuk meninggalkan Adik yang bakal menghadapi SPM tahun ini, which is turning point yang penting dalam perjalanan hidup dia..

bila rindu,Kakak akan tengok balik video-video YouTube Adik(yang smart berjubah putih) dengan geng Adik tu ..Tahniah yang amat untuk adik-adik yang bijak menggunakan medium hujung jari untuk beri penerangan kepada remaja seawal usia mereka.

Pernah masa Abang dan Adik temankan saya jumpa kawan, waktu sempit sempit dalam train, saya diapit di tengah tengah,,rasa cam ada bodyguards lah pulak..jaga saya ke hulur hilir.hehe.
Merekalah lelaki-lelaki pertama dalam hidup saya. Tak mungkin saya boleh belajar jadi sekuat ini tanpa mereka..rasa sangat bertuah mempunyai mereka dalam hidup. 

Abah,Abang,Adik.. Uhibbukum fillah abadan abadan..
Salam sayang kerinduan dari Cairo,Egypt.

^^,

Thursday, March 29, 2012

syukur.satu.suplemen.

Bismillah,,
sebenarnya saya terlupa untuk menerangkan kenapa header tiba tiba ditukar.
jika perasan,sebelum ini selesa mengambil brand 'analisiszikri' dan sekarang 'syukur.satu.suplemen'


izinkan saya membahasakan diri 'aku'..


kerana terlampau banyak,,tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan pada aku,, sampai aku takut.
ya,takut jika aku gagal mensyukuri semuanya...ya,semuanya.tanpa terlepas pandang dan tanpa aku kufurkan satu pun. sekecil-kecil hingga sebesar-besar benda.


dalam sedar atau tidak,,dari kecik hingga kini,,apa yang aku mahukan aku akan dapat.
ALHAMDULILLAH.
sebuah keluarga bahagia...dapat.
kawan kawan yang baik...dapat.
kewangan stabil...dapat.
ambil kos medik...dapat.


katakan aku nak buku ni nanti...dapat.
aku teringin nak makan ni...dapat.
aku nak sangat jumpa dia...dapat.
berikanlah aku kemudahan urusan...dapat.


Allahu Allah,,.


nikmatMu ialah ujian terbesar untukku.


sekian lama,kata-kata aura ini aku pegang..


"bila kita minta Kekuatan,
Allah beri Kelemahan untuk kita atasi.


kita minta Kebijaksanaan,
Allah beri Masalah untuk kita selesaikan.


kita minta Kesabaran,
Allah beri kita Dugaan untuk dihadapi.


kita minta Keikhlasan,
Allah beri kita Hati untuk kita sucikan.


kita minta Rezeki,
Allah beri tubuh untuk kita berusaha.


kita minta Ilmu,
Allah berikan Akal untuk kita berfikir.


kita minta Segalanya,
Allah beri Islam sebagai cara.


lihatlah,,Allah bukan berikan apa yang kita Mahu secara terangan,,tapi Allah pasti beri apa yang kita Perlu untuk kita capai Kemahuan kita"


Sewaktu aku sering bersendiri,,kadang kadang tersedak..tiada daya upaya diri hamba ini, melainkan dengan kudrat dan iradatMu ya Allah.


lalu,, 
(wahai jin dan manusia) maka nikmat TuhanMu yang apa lagi nak kalian dustakan??
sedangkan,,
jika kamu syukur, Allah pasti akan tambah apa yang kamu syukuri itu..
dan jika kamu kufur, nyata azab Allah sangat dahsyat.
maka,,
tidakkah kamu semua bersyukur?
bahkan,,
sedikit sekali antara kamu yang bersyukur...



Hidayah...bukan semua orang terpilih tergolong dalamnya.
dan tidak semua terbit rasa ingin terbina atas dasarnya.



Ya Allah,,jangan lah hukum diriku di saat aku terlupa.
jangan bebankan aku apa yang tidak ku terdaya.


apa pun,kunci syukur itu tetap tiga..simultaneously.
1. hati
2. perkataan
3. perbuatan


"bersyukurlah dan moga kau kan bahagia"



Tuesday, March 27, 2012

bukan kerna nama



dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan..


jom layan...







#
menulis itu amanah.
terlangsai dengan amal istiqomah
tergadai dengan jiwa yang kalah