dalam dakapan Abah
anak ini terasa kecil
merengek sambil manja
merajuk berganti tawa
ditimang halus dibelai tulus.
"moga dikau nak,puteri solehah"
dalam dakapan Abah
anak ini teristimewa
sekuntum bunga di taman keluarga
kasih nyawa semaian seri.
"inilah anak perempuan Abah seorang"
dalam dakapan Abah
anak ini penggalas tabah
tenang sabarnya menitip pesan
agar teguh jiwaku bergadai cabaran.
"kini,tidak semua dapat kita berkongsi rasa"
dalam dakapan Abah
anak ini kenal bahagia
punya insan tinggi harapan
setia di sisi andai kecundang
senyuman Abah penawar kelam.
"ada hikmah,di balik semua itu"
dalam dakapan Abah
anak ini memendam sayu
tenggelam desah nafas
saat Abah ikhlas bicara.
"kakak,maafkan Abah"
Abah,
sedang khilafku pasiran alam
sedang baktiku masih kejauhan
sedang segalanya untukku
terindah darimu.
maka
moga dalam dakapan Abah,
hingga ke syurga.
SELAMAT HARI LAHIR,ABAH!
20.11.2011
Sunday, November 20, 2011
Friday, November 18, 2011
zikri situ sana sini
bismillah.
kali ini saya bawakan serba sedikit banding beza iklim hidup antara tempat saya berada sekarang yakni Mesir dengan tempat yang saya lawati semasa raya haji lepas yakni Jordan.
kali ini saya bawakan serba sedikit banding beza iklim hidup antara tempat saya berada sekarang yakni Mesir dengan tempat yang saya lawati semasa raya haji lepas yakni Jordan.
1. mata wang
JD 1.00 (jordan dinar) bersamaan
LE 8.4 (lira egypt). sangat jauh bezanya. tiba saja di Queen Alia International
Airport Amman,kami warga asing dikenakan bayaran sebanyak 20 dinar. kira kira170
geneyh..wow. terkejut pada awalnya.. selain itu,naik teksi 5 minit sudah
memakan 2 dinar.kalau di Mesir baru 2 geneyh..mungkin akak-akak lain shopping di Mecca Mall menelan belanja sebanyak 200 dinar..sedang saya membeli hanya sebentuk cincin bernilai 2 dinar..so kalau terdesak, boleh gadai tu..hah.
2. kesopanan dan kesusilaan
katanya,orang arab di Jordan
ialah orang arab yang paling sopan.. ya.saya akui. ada satu situasi di mana
abang meminta supaya amu teksi patah balik sebab salah saya lah..
"ya mu'allim (panggilan
hormat) mumkin narja3? ila bawabul janubiyah?"
=pakcik,boleh patah balik..ke
pintu selatan?
"na'am. mumkin. (tanpa
merungut sepatah pun)..hena mesyi."
=ya,boleh..(dah sampai) okay
turun sini.
kalau di Mesir,ada je yang akan
marah kita..
"leh baah..enti mesh bittaul
awwalan..lau kida,bizeed khomsa geneyh! akhier kalam."
=laa.kenapa pulak.awak tak
bagitahu awal awal.so camni kena up lagi lima geneyh.tak boleh kurang.
hmm,, geram.
satu lagi situasi di Urdun, saya,Faiz dan Helma beli makanan di kedai runcit. ke kaunter untuk bertanyakan harga.tapi masa tu pakcik penjual tidak berikan perhatian kepada kami.
"lau samah,ya 'am..da bikam?"
=nak tanya,pakcik,ni berapa harga?
selepas tidak dihiraukan,
"ya 'am! ya 'am!" (nada suara lebih tinggi)
pakcik tu pun pandang kami dengan serta merta..riak mukanya agak pelik. mesti dalam hati dia, "rilek laa..apehal nak panggil kuat kuat.."
lepas tu,agak malu di situ..yelah, kami pula terbawa-bawa perangai orang arab Mesir ke sana. ('_^)"
lagi satu situasi,kalau di Mesir kena berhati hati melintas jalan. jarak badan kita dengan border depan kereta cuma sehasta sahaja. memang hactic.kalau di Jordan,orang perempuan boleh lintas jalan sambil pejam mata kot..kerana muhtarameen (dihormati). Jarak kenderaan dengan kita ialah macam boleh muat lagi enam orang berderet..jauh kan nak dibanding. dan kenderaan di belakang tenang saja menunggu kami melintas tanpa satu pekikan hon pun kedengaran.. beza sungguh.
3. kebersihan
tak perlu kata banyak.of
course Mesir lagi tak menjaga kebersihan. nak nampak bersih pun di tempat
kedutaan atau premis penting kerajaan saja. sekurang kurangnya di
Jordan,berjalan di sekeliling kedai atau bawah rumah tiadalah sampah sarap yang
terlalu menyakitkan mata.
4. di Irbid,Jordan ada Hanif
Zikri. di Cairo,Egypt ada Hanis Zikri.
sudahlah. ;)
dan mungkin bila nanti..kita kan bertemu lagi..
Tuesday, November 15, 2011
reality show #3 #2 #1
akhirnya saya mempersembahkan..
tempat ketiga,
bagi mencari pewaris jutawan terkemuka,Donald Trump.
masa sekolah rendah lagi saya dah follow.
kononnya,nak belajar selok belok pengurusan bisnes.
tempat kedua,
ehem..rasanya dah ramai tahu ni :)
kalau tengok,memang boleh gelak sampai tak ingat dunia..
memaparkan lawak artis artis korea selesaikan misi.
sesuai ditonton untuk redakan stress..
so, the first place goes to..
dalam banyak banyak, T.A.R lah yang saya rasa paling real.
perlumbaan merentasi seantero dunia.
mengenali budaya sosioekonomi sesebuah negara.
yang mana pada episod final,
para pemenang mengakui
bukan ganjaran wang yang ditagih sebenarnya.
tapi persefahaman dan nilai kasih sayang.
kepercayaan ;satu kunci muafakat.
mereka lebih menghargai partner masing masing
bersama nikmati keajaiban hidup
inilah hakikat.
inilah realiti.
p/s-maaf.sekiranya mungkin ada yang kurang setuju dan merasakan semua itu tidak bermakna.
tapi lain bagi saya. sebab sedikit sebanyak ia mengajar sistem nilai pemikiran kita.
buat selagi betul.
sisih yang salah.
baiklah..saya mahu menikmati musim sejuk..
haa. salam alaik.
^_^
Sunday, November 13, 2011
sayonara jordan
@ wadi rum
Alhamdulillah,
rahmatMu terhadap kedhaifan ini
rezekiMu terhadap kekurangan ini
kasihMu terhadap kelekaan ini
keadilanMu terhadap kemampuan ini
pengampunanMu terhadap kekhilafan ini
hmm..
saya bangga berjaya membuat pilihan
walau semudah dan sesukar mana.
yeaayyy
(tu..gambar atas.)
p/s-belum tiba di Cairo..masih di Alex..train ditunda.
Friday, November 4, 2011
reality show #4
Hell's Kitchen.. saya tonton dalam channel TLC (Travel, Living n Culture)
memaparkan dua pasukan chef-chef berbakat seluruh UK..bertarung bagi merebut pemilikan restoran ternama cawangan Master Chef Gordon Ramsay.
saya tidak pernah terbayang sebelum ini..yang dapur memang boleh jadi disaster.
Hactic..lambat sikit,kena marah.
hangit lebih,kena tengking.
lembik sangat,kena buang.
nampak kotor,kena komplen.
leka untuk menyahut "YES,CHEF"..haa cari pasal alamatnya.
untuk menyediakan satu hidangan, lagi lagi signature dish..masa yang paling maksimum digunakan ialah hanya 3 minit!! lewat 10 saat je,siaplah..kena kutuk dengan teammate..sebab akan menyebabkan kekalahan pasukan mereka.
Teamwork lah katakan.
fikir-fikir. hidup ini memang pantas.
semua nak cepat dan perfect.
kadang kita sendiri tak terkejar.
maka dengan itu, kena fokus.
hmm..hidup dalam suasana bekerja di hospital nanti,bagaimana pula ye?
nantikan nombor 3..
:)
Thursday, November 3, 2011
reality show #5
saya mengaku. saya kaki tv sebenarnya.. habit dari kecik.sampailah sekarang.
dan saya ingin berkongsi. apa rancangan atau program realiti yang saya minat. berdasarkan ranking peribadi saya.
maka dengan itu,tempat kelima jatuh kepada...

One of the most commonly used wording;
“I'm Joe Rogan, and this is Fear Factor. The stunts you are about to see were all designed and supervised by trained professionals. They are extremely dangerous and should not be attempted by anyone, anywhere, anytime!”
masa mula mula Abah dan Mama pasang Astro kat rumah, saya excited sungguh tonton Fear Factor.. never missed every single season pon. setia sangat pada channel AXN tu.
rancangan ini menggaulkan segala elemen emosi yang kita ada..adrenaline rush..
sampai tahap nak terkeluar isi perut,tekup muka dengan bantal, jerit sesuka hati, rasa nak lari terjun masuk dalam tv tu..
fuuh. empathy overflowed.
formatnya camni (perlu ke saya cerita)
peserta terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan..bagi merebut jumlah USD 50,000.
ada juga season couple,best friends,twins,family etc...
siapa yang tak dapat mengatasi time limit, they'll get eliminated from the game
first level- physical stunt.
contoh: jumping from one building to the next,from trucks to moving cars,collecting mission flags under a certain time
second level- mentally challange
contoh: makan usus haiwan, immersing one's head in animals, pain endurance
final level- extreme stunt usually seen in action film
contoh: combination of water,heights,and vehicles.
seriously,satu. ia mengajar saya supaya cekal berani.
cabaran ada di mana mana sahaja.
sama ada kita mampu atau tidak.
it's all up to you.
ohh..how great if AXN could bring back the show...
ok.pasni, my lucky number 4 (the way Joe picking up a random contestant)...
dan saya ingin berkongsi. apa rancangan atau program realiti yang saya minat. berdasarkan ranking peribadi saya.
maka dengan itu,tempat kelima jatuh kepada...
One of the most commonly used wording;
“I'm Joe Rogan, and this is Fear Factor. The stunts you are about to see were all designed and supervised by trained professionals. They are extremely dangerous and should not be attempted by anyone, anywhere, anytime!”
rancangan ini menggaulkan segala elemen emosi yang kita ada..adrenaline rush..
sampai tahap nak terkeluar isi perut,tekup muka dengan bantal, jerit sesuka hati, rasa nak lari terjun masuk dalam tv tu..
fuuh. empathy overflowed.
formatnya camni (perlu ke saya cerita)
peserta terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan..bagi merebut jumlah USD 50,000.
ada juga season couple,best friends,twins,family etc...
siapa yang tak dapat mengatasi time limit, they'll get eliminated from the game
first level- physical stunt.
contoh: jumping from one building to the next,from trucks to moving cars,collecting mission flags under a certain time
second level- mentally challange
contoh: makan usus haiwan, immersing one's head in animals, pain endurance
final level- extreme stunt usually seen in action film
contoh: combination of water,heights,and vehicles.
seriously,satu. ia mengajar saya supaya cekal berani.
cabaran ada di mana mana sahaja.
sama ada kita mampu atau tidak.
it's all up to you.
ohh..how great if AXN could bring back the show...
ok.pasni, my lucky number 4 (the way Joe picking up a random contestant)...
Tuesday, November 1, 2011
perempuan itu...
perempuan itu..
CANTIK.
bila dia berbudi bahasa,bertambah cantiknya
tapi bila berkata yang buruk,hilang cantiknya.
perempuan itu..
MISTERI.
bila dia bercerita,terkeluar segala isi hati
tapi bila berdiam diri,mungkin merajuk hati.
perempuan itu..
PILIHAN.
bila dia sanggup,mencuba sedaya upaya
tapi bila enggan,semua jadi tak kena.
perempuan itu..
DILEMA.
bila dia perlukan sesuatu,minta cara baik
tapi bila bencikan sesuatu,dunia bisa terbalik.
perempuan itu..
BIJAK.
bila dia tahu,dia akan memberitahu
tapi bila terdesak,buat-buat tak tahu.
perempuan itu..
CAHAYA.
bila dia membimbing,curah kasih sayang
tapi bila dia meninggalkan,ia telah hilang.
teman,
karya saya malam ini..
nah,nak sangat.

Subscribe to:
Posts (Atom)