Pages

Thursday, June 9, 2011

Abah

Tika hati ini disapa rindu,saya mencapai sepucuk surat berlipat tiga yang tersisip kemas antara helaian diari 2010 milik saya.meski sudah hampir berpuluh puluh kali saya menghadam isinya,namun tiap kali itulah saya merasakan pertama kali saya menerimanya,membacanya,juga menangis kerananya..
Maka saya abadikan di ruangan ini.

18.09.2010
Bismillahirrohmanirroheem.

Hanis anakku,
Di mana jua kita berada,kita tetap di bumi Allah yang luas ini. asalkan kita rajin berusaha, kejayaan akan mengiringi jua. Tabahkan hati mengharungi liku-liku kehidupan yang pelbagai ragam. kadang-kadang suka,kadang-kadang duka. Jangan terlalu gembira ketika suka dan jangan terlalu gundah gulana ketika duka. Bergantung harap dan pertolongan 100% hanya pada Allah jua. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.


Selamat di perantauan,pulang dengan ilmu untuk masa depan,agama,dan tanah air Malaysia tercinta. Enjoy dalam perjalanan bersama pensyarah-pensyarah,rakan seperjuangan dan masyarakat Mesir bumi para anbia,syuhada',solehin dan tabi'en.

Abah sentiasa mendoakan dan berusaha yang termampu untuk memastikan yang terbaik buat Hanis yang tersayang. Perjuangan masih jauh dan panjang. Teruskan perjuangan sehingga mencapai apa yang dicita,kejayaan dan kebahagiaan di dunia,syurga di akhirat bersama para solehin dan solehat.

Amin ya Robbil'alamin!
Allah dan Rasulullah bersama kita.

Salam sayang yang teramat sayang buat Hanis serta peluk cium dari abah. Selamat di perantauan.
Senyum selalu dan tabahkan hati!

3.05 ptg.
18.09.10
(sehari sebelum fly)

###

Allah!aduh!terkesan.mata saya pejamkan erat-erat..masa berputar seakan terhenti. Selagi hayat dikandung badan,surat ini akan setia saya simpan sebagai azimat penguat semangat.
Insya Allah..

Abah,
Hanis saaayaaang Abah.
Terima kasih,Abah.
Abahlah Abah Hanis dunia akhirat.
(^_^)

Di sebalik lagu ini,ditujukan khas buat abah..
Juga mama,abang dan adik...
Maaf,Hanis tak berpeluang bersama kalian sekarang.
Tunggu ya..



YOU ARE THE WIND BENEATH MY WINGS!!


Saturday, June 4, 2011

VI & imtihan

maaf.sudah lama tidak menyambung edisi Route Map Taqwa.

VI-tidak berlebih-lebihan dengan yang halal

apa yang halal tidak menjadi kesalahan dalam menikmatinya. namun jangan keterlaluan.
sikap keterlaluan akan mudah melalaikan dan menjerumuskan kepada yang syubhah dan haram.

pesan Rasulullah s.a.w: seorang hamba tidak akan mencapai darjat taqwa sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa semata-mata kerana khuatir terjerumus dalam dosa.
-riwayat at tarmizi dan ibnu majah-

untuk mencapai tahap taqwa,hendaklah kita tinggalkan perkara-perkara meragukan dan bukan sahaja mengelak yang haram,bahkan menolak perkara-perkara yang syubhah,

Abu ad Darda' berkata: kesempurnaan taqwa itu apabila seorang hamba sentiasa berjaga-jaga dengan Allah(mematuhi arahan dan menjauhi larangannya) walaupun dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun kerana takut jatuh dalam perkara yang haram.

-kholas-tammat-

let's revise.
I-menuntut ilmu
II-beramal dengan ilmu
III-mujahadah dan istiqomah
IV-doa dan tawakal
V-taubat dan melakukan kebaikan
VI-tidak berlebihan dengan yang halal.

semoga bermanfaat buat saya,kita,dan mereka.ameen.
saya juga menjemput kalian singgah di blog ukhtie Khairunnisa Bohari.
jauh lebih bermanfaat daripada saya yang biasa-biasa ni.

########

tiba di fatrah imtihan nihaie.
macam-macam yang datang,macam-macam juga yang pergi.
yang pasti kekal,janji pertolongan Allah bagi hambaNya yang bertaqwa.
mahu usaha ini dihisab. birohmatillah.

abang anep,selamat pulang ke halaman cinta.
lain kali,kita berdua kena plan schedule betul-betul ye.
supaya betul-betul jumpa. =P

mohon doa kalian~

Monday, May 30, 2011

29th May

hari itu officially saya berumur 19 tahun,
yakni angka satu yang terakhir~

I
terima kasih sangat pada ahli beytz,geng jiran tersayang..
semangat masak-masak,beli belah,untuk zikri seorang ni.
menu kalian memang superb! (realiti taw)

II
seperti yang dijanjikan,sajak mama selamat sampai di handset saya

Hanis,menjangkau lagi usiamu kini
bagai kuntum-kuntum melati
indah mekar mewangi
dik siraman embun pagi
ku kutipi buat hiasan mata hati
tika tibanya dinihari
ku susuni jemari
buat tadahan sinar mentari
biar bahang membakari
ku percaya kulitmu telah tercerap
rona-rona rasa perjalanan hidup ini

mama yakin sayang,
tiap jejak yang kau langkahi
telah kau galur susuri resipi famili
untuk nantinya kita hidangi generasi
suatu ramuan berinti
pasrahan Ya Robbi.

mama ratu hatiku,alangkah bertuahnya anak ini ~

III
saya juga terharu menerima private massage di facebook,
daripada guru tersayang, Teacher Norasidah Marjom.

Assalamualaikum,selamat hari lahir. semoga berbahagia,berjaya dalam bidang yang diceburi. bertambah amal ibadah dan hidup dalam limpahan rahmat dan sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.Ameen.

IV
syukran jazilan pada mereka yang mengirim ucapan dan doa.
apa yang penting,
kalau kita mahu rasa gembira,berikanlah kegembiraan kepada orang lain.
ingat juga pesanan ulamak, "Anakku,tika engkau lahir,engkau menangis dan orang tersenyum, maka berjuanglah sehingga saat engkau meninggal dunia,orang menangis dan engkau tersenyum.

V
tarikh keramat ini, 29 MEI 1453
Sultan Muhammad Al Fateh serta pasukan tenteranya berjaya menawan Kota Konstantinopel~
soroti kegemilangan Islam pada waktu itu.





Monday, May 23, 2011

le tour de Giza

al kisah bermula bila kami melawat booth KAYBE @ Kasr el Aini Youth Build Egypt organisation, sebuah persatuan student arab di kampus.
aktiviti tahun ini ialah cycling to pyramid. wah,menarik~
cepat-cepat kami isi borang untuk join.
senior tahun empat,Alaa' sangat teruja bila tahu kami baru tahun satu.
she stated,"i really against that we and malaysian students are separated even we are in the same uni."
erm..mungkin betul.

pastu,dy kata ada lagi 40 tempat kosong yang kemudiannya diisi oleh pelajar melayu lain.
preparation sikit,kami jogging pagi-pagi selama seminggu.
petang sehari sebelum,ada kawan keluar ke Tahrir beli t-shirt,topi,bertemakan Palestin dan Mesir. semangat..
bertembung dengan demonstrasi aman.oops.selamat je.

pada tarikh 14 Mei 2011,kami melakar sejarah..

-berbasikal 21 km-

track dari uni ke center of Giza ambil masa 2 jam. ada insiden,namun semua berjaya sampai ke destinasi.kami penunggang basikal ibarat semut di celah kerengga.hah.

-bergambar di luar Giza Square-

hanya gambar separuh sedia berjaya ditangkap.mesriyyin begitu berbangga menerima penyertaan kami rakyat malaysia.cayalah..

-kami pengembara padang pasir-

melilau sekitar kawasan piramid tanpa tour guide.sesekali meminta tolong teman arab. sempat lagi bergaduh harga dengan pakcik kuda.

-sphinx,lambang keteguhan raja firaun-

a mysterios marvel from the days of ancient Egypt.the body of a lion with the head of a king,the sphinx has come to symbolize strength and wisdom.

-terik mentari vs keajaiban unta-

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?”
(al Ghasyiyah;17)

beginilah.bangsa pembina piramid adalah satu bangsa yang hebat.namun..

Dan (ingatlah), berapa banyak Nabi-nabi yang Kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.Dan tidak ada seseorang Nabipun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersendakan dan mengejek- ejeknya.Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya daripada mereka dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
(az Zukhruf: 6-8)
#########

hmm.apa pula perancangan tahun depan?
anticipating for another..

p/s-selesai practical exam..rehat sebentar.

Wednesday, May 18, 2011

kecik besar

bila ada problem,

"alah zik,masalah kecik je.lagipon kite kan masing masing dah besar.."

"hah?inilah masalah orang yang rasa kononnya dah besar. yang kecik dibesar-besarkan, yang besar,dikecik-kecikkan.hmm"


-the best way in relationship is..communication,
the biggest mess in relationship is also.. communication-

suarakan kasih sayang anda,kerana mungkin itu cara penyelesaiannya..

saya cuma mencuba.the rest,i turn to Ya Sami' Ya Baseer..Ya Ahkamul Hakimeen.



Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap seruas tulang dari seluruh manusia itu harus memberikan sedekahnya pada setiap hari yang matahari terbit pada hari itu. Mendamaikan dengan cara yang adil antara dua orang adalah sedekah, menolong seseorang pada kendaraannya lalu mengangkatnya di tas kendaraannya itu atau mengangkatkan barang-barangnya ke sana, itupun sedekah, ucapan yang baik juga sedekah dan setiap langkah yang dijalaninya untuk pergi shalat juga merupakan sedekah, menyingkirkan benda-benda yang berbahaya dari jalan termasuk sedekah pula." (Muttafaq 'alaih)


p/s-patutnya kaki yang rasa kejang,awat tangan pun tegang nak menulis di sini..
nantilah ye,ada kelapangan saya menconteng lagi.

Wednesday, May 11, 2011

tag kempen

kali ini berkempen..


setelah saya ditag oleh puteri shafieza,
saya pun bertanggung jawab untuk join..

saya jemput juga sahabat saya


p/s-oh.macam ni rupanya..
moga kekal.
=)

Monday, May 9, 2011

nil & kami

bila tiba hujung minggu
bermula pagi kami berempat
nak keluar menjenguk mentari celik..

jauh lagi perjalanan rupanya
berehat sekejap di pertengahan jambatan
biar Nil jadi saksi....

kawan-kawan
jom sambung jogging lagi
berhenti simpang,tak tahu mana jalan

duduk berteduh meredupkan mata
terbayang dulu nabi Musa
dihanyutkan entah sepanjang mana

waah..dari hujung kita jelajah
kepulauan sana kita tinggalkan
bersedia untuk yang seterusnya?

ini saja kisah kami
saya,faiz,helma and aisyah.
kepenatan itu berbaloi...
('- _ ^)


p/s-untuk mama, selamat hari ibu 2011
tahniah,berjaya menawan Gunung Datuk!
saja nak buat mama jeles juga
nanti Hanis bawa ke sini pula ye..
biiznillah
=)