Pages

Tuesday, May 3, 2011

reintroduce

bismillah.yang memberi saya keazaman untuk menulis.
bila menjengah angka 55 di sebelah,saya terfikir. (cantik nombor tu)
dulu saya mula melancarkan blog ini,jujur saya katakan,pakai redah saja.
orang kata,tak kenal maka tak.....

maka ta'aruf!
saya cuba seringkasnya.

1. BiO

i-saya Hanis Zikri binti Mohd Nahrawi. anak kepada pasangan guru En. Mohd Nahrawi Yusof dan Pn. Missinon Ahmad Damanhuri. dilahirkan di Teluk Intan,Perak pada 29 May 1992 dan kemudian menetap di Tanjong Karang sehingga kini. diapit oleh dua orang jejaka setia; encik abang Muhamad Hanif Zikri a.k.a penulis tepianmuara dan adik macho Muhamad Hamim Zikri.menjalani hidup sebagai seorang anak perempuan tunggal memang menyeronokkan. seolah olah boleh 'act like a lady,think like a man' by Steve Harvey. =)

ii-kegemaran-apa yang menduga iman,hati,akal dan jasad.antaranya novel thriller dan family curved,lagu zain bikha,buku islam dan saintifik,pendakian Gunung Tahan contohnya,jogging di sisi Sungai Nil,fotografi,tengok benda kemas dan teratur,CSI,Leverage,dan mendengar orang cakap.ada yang kata,'zik,you're a very good listener but when it comes to story telling, a little bit loser'. takpe..asal bahagia...hah.

2. pendidikan

i-dari tadika sampai darjah enam saya bersekolah di Tg Karang,dahlah dekat sangat dengan rumah.menyambung zaman tingkatan di SAM Bestari Subang Jaya kini dinobatkan kluster.tahniah pada warga sekolah terutamanya guru-guru. perjalanan berulang alik ke asrama selama lima tahun bersama BDQ 604 ditemani abah tersayang yang ingin melihat anak ini berjaya.pernah je saya balik naik bas.boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu mama dan abah akan menjenguk saya dan abang di situ berserta makanan.waaah...siapa rindu siapa agaknya...

ii-Alhamdulillah,berkat doa semua,saya kini pelajar perubatan tahun satu di Kasr el Aini Medical School,University of Cairo,Egypt. di bawah tajaan LZS,menghadiri kuliah G-to-G (government to government) di mana kelas dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa arab. kami bukan pelajar MoU seperti JPA dan MARA yang lain.awal-awal memang payah. mujur ada senior tutor yang membantu. sebenarnya sangat bersyukur dari segi pergaulan dan bahasa dengan adanya teman-teman arab.doakan saya menjadi dokturah muraqqibah billah.

3. pre family

di rumah kecil tapi bahagia di Mouniera ini,saya berkongsi kasih dengan lima orang lagi. kami empat budak selangor dan dua mek kalantan.oh my lovely ahli beyt, you are my bestest friends eva eva;atiqah,faiz,rabiatul,fatanah,suhailah... tambah sayang kalau you all masak sedap sedap.yummy~
erm.pasal jodoh, saya stick to 'serahkan cintamu total kepada Allah nescaya Dia akan titipkan buatmu seseorang yang juga serahkan cintanya total kepadaNya.' fuuh ini mencabar.apapun,saya adik yang patuh kepada keputusan abangnya.... (????)

4. blogging

awalnya malas setelah adanya facebook.lepas itu,abah kata, "macam mana abah nak tahu cerita kakak kalau takde blog,buatlah macam abang tu.." so saya pun tergerak hati.as you see, i like to keep this simple.yang penting,isi dan inti.tapi atas landasan niat lah.untuk membaiki kekurangan diri and inspire others to do so.maaf jika blog ini tak seperti lain,sebab biarlah tak sama (apa ni?).cuma saya harap,ambiklah apa yang baik,yang tidak tu sudah-sudahlah.sudi-sudilah tegur yang silap.


5. kenapa

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
( Al-Hujurat : 13 )

pegangan ini yang sering kita terlupa.hidup demi menjadi hamba bertaqwa.tujuan saya menulis kali ini adalah untuk sesi refleksi,pada diri sendiri tentunya. yakni bila melihat diri,kita tahu siapa kita dan siapa sebenarnya kita perlu kalahkan.tak lain tak bukan ialah diri sendiri juga.persaingan terhebat bermula as we go against ourselves.. yes,you should trust yourself first before you really know that you,can be a better person.do change for good,for ummah of course. last but not least,moga Allah merahmati pembaca sekalian...usikum wa iyya ya.. robbana khalleeku...

(^ _') terima kasih,kerna selalu ada untuk saya...


Friday, April 29, 2011

29 April 2011

hari ini hari membahagiakan.
untuk mama,abah,saya,abang,adek.
kebetulan pulak hari ini.
dua-dua pakwe saya ada kegembiraan tersendiri.

mama and abah,
tahniah.
abang,hanis,adek
dah besar-besar
(kekadang masih budak-budak nakal)
maafkanlah.
kami anak-anak.
baru mengenal dunia.
terima kasih.
membenarkan kami tuju kehidupan
bersama kalian berdua.


-dahla kita tak boleh nak berbuka sama tahun ni,
so imbau kenangan ramadhan tahun lepas
pun jadilah...kan bang.-

abang,
sanah helwa!!
selamat hari lahir ke-20!
(dah ada angka 2 kat depan)
hari ini abang ada event besar an,
Allah yusahhil.
cop.tuan director,
lain kali kita kena attend
event penting hamim pulak taw.
siyan dia...




-terpaksa pakai gambar lama sebab rasanya
nilah the real you,tanpa bergaya lebih-


adek,
ambik hadiah PMR hari ni.
sorry sangat-sangat.
kakak tak dapat datang
nak bergambar sebelah adek
sebabnya kan
tiap kali HAC kakak,
adek mesti ada.
hmmm,
so make sure ada lagi.
supaya kakak dapat datang.
hehe.

empunya diri,
esok bermula imtihan.
jadikan gembira ini
azimat hari mendatang.
bittawfiq.

(^_^)

senyum dan sabar.
itu mungkin jawapan
pada 1001 soalan...

Friday, April 22, 2011

V & dibatalkan

mari sambung routemap V. sesiapa yang ingin recall,bolehlah ke chekpoint sebelum ini (entri yang disertai tulisan angka Roman)

V-Bertaubat dan melakukan Kebaikan.

kita adalah hamba Allah yang sentiasa berdosa. maka hendaklah dikekalkan selalu rasa berdosa itu dalam hati.
rasa berdosa ini akan mendorong kita untuk terus menerus bertaubat. dan dengan bertaubat,Allah akan mengampunkan dosa kita,maka mudahlah kita mencapai taqwa.

riwayat At Tirmizi, Ahmad dan Ad Darimi; sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, dan susulilah keburukan dengan kebaikan,nescaya kebaikan akan menghapuskan keburukan itu. dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.

carilah Taqwa dengan meniru cara hidup orang yang bertaqwa yang dipenuhi dengan melakukan amalan kebaikan seperti bersedekah,memberi kata nasihat,menziarahi orang sakit, mendoakan sahabat,menyebarkan salam,dan sentiasa tersenyum kepada sesama muslim.

jangan memandang remeh perbuatan yang baik walaupun sekadar membuang duri di jalan atau memberi sedekah dengan separuh buah kurma. kebaikan yang nampaknya sedikit jangan sesekali diabaikan...

####################




p/s- hmm.secara rasminya, status trip saya ke Jordan summer break ini: terpaksa dibatalkan.
atas faktor desakan masa.maka,maaf kepada mereka yang berkaitan.
saya akan cuba compensate juga satu hari nanti..biiznillah.
kita merancang,namun pada Allah sebaik-baik perancangan.

one more thing,sila cas semula handset anda jika didapati kehabisan tenaga bateri..kerana satu panggilan boleh menyelamatkan emosi insan sekeliling anda...dan anda sendiri.of course..

(abang dan muizzah,sorry for today.jangan marah daa....) -_^

Monday, April 18, 2011

akak..

bismillah.
dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
yang membenarkan rasa nikmat kasih sesama manusia.

dear akak,
kite dah cakap nak bagi love letter sempena akak fly an.
so kite compose kat sini jelah ye.
supaya orang tahu betapa berertinya akak dalam hidup kite.
akak lah.

akak,
masih ingat lagi tak kita mula-mula kenal
dalam bilik kebajikan masa zaman tingkatan di sekolah islami dulu-dulu.
tak sangka boleh hilang sakit terus bila dah jumpa penawar yang menggembirakan.
akak lah.

akak,
mesti rasa nak tersenyum atau tergelak sorang-sorang
kalau recall balik borak-borak kita
pasal cinta tujuh segi lah,novels,family,second child,manusia,perasaan.
bla...bla..bla...
hah.tangga,koridor,musolla,taman anggur jadi saksi kita.
lagi satu,telefon rumah.kalau dah bergayut.
sampai rasa tak sah kalau tak bercerita.
akak lah.

akak,
seriously,takde orang boleh ganti tempat akak.
boleh dikatakan,situasi hidup kite berdua selalu sama.
mungkin lain watak,tapi jalan cerita lebih kurang.
sebab tulah akak antara individu yang paling memahami selok belok diri ini.
akak lah.

akak,
akak menangis kan masa kite pergi tinggalkan Malaysia,
mungkin sekarang giliran kite rasa.
bukan sedih apa.
air mata syukur,harap,dan doa.
isyhh...
akak lah.

akak,
kite dah semakin besar kan.
kenangan dulu tak pernah kite berani lupakan.
terima kasih akak.
melihat kite menjadi lebih dewasa.
sama-sama fikir bila berdepan dengan pilihan.
dengar luahan hati ini.
akak lah.

akak,
jaga diri ye.
duduk negara orang.
ada rezeki,kite datang.
apa-apa keputusan akak,
kite akan hormati.
lagipun yang penting kebahagiaan.
akak lah.

Allah,
rahmatilah perjalanannya,
berkatilah kecerdikannya,
peliharalah keimanannya,
ubatilah kerinduannya.
You knows BEST.
ameen ya robb.

seikhlasnya,
i love you...and will be always missing you.

dedicated to ukhtie,
Nurul Khaliesah Kamal Azhari.
a biomedic engineer to be.
kini di France.
moga selamat semuanya.

*andai kata akak terbaca, sekali kan lah...
SELAMAT HARI LAHIR KE-20
happy becoming birthday, 20 April 2011.
adakah kite orang pertama yang wish?
atau orang lain..ok.dah.




Wednesday, April 13, 2011

balik Palestine!!!!

di sini saya.
dan mereka...


-mama bersama 'aura'nya-


-abah masa berbuka-


-nak masakan ibu.....-

di atas ialah antara perkara yang saya rindu amat.
baiklah,ada cerita hari ini..

ok.habis kelas Biochem..biasalah.ada gap masa,kitorang pun duk berborak kejap.
kira satu kelompok tu,hanya saya, Dina dan Aisyah saja student Melayu.yang lain, of course lah kawan-kawan Arab saya yang sangat sporting.

"hey,do you want to know the exam schedule?"-tanya Lamees dengan semangatnya.

"sure."-saya.sambil menghulurkan buku nota kepada Lamees.

flashback.
"come on,we gonna be friends for another six years".wajahnya yang sentiasa tersenyum.itulah ayat pertama Lamees tika kami berkenalan dulu.ingat lagi,dalam makmal Anatomy,dialah yang membawa saya dari satu mayat ke mayat untuk mengajar tiap inci organ thorax.kalau saya tak berapa faham,dia akan sabar mengulang.dia memang sangat suka membantu.yelah,saya kan warga asing di bumi Mesir.

now.back to lecture hall.
di hujung tulisannya,dia menyebut tiap patah perkataan perlahan-lahan sampai bucu muka surat.

-nampak hanya sekeping kertas-

tulisan orang-orang Arab memang semuanya hampir serupa. ada style dan lekukan huruf tersendiri.
beginilah.gambar bawah ni lebih jelas.

-cintaku bukan di atas kertas-

"and the last exam is English Exam in 9.7.2011. and..then..go..home..to..Malisia.. and..

HEBROUT..GAZA..PALIESTAIN!!!yeaaaayyyh!!!!"-kami bersorak girang.

saya seakan terkedu sebenarnya.

"you all,we love Palestin,you know that."-Dina.jujur.

"masya Allah.we really love Malaysia too..wallahi.-Lamees.tenang.

**********
saya baru tersedar.rupanya rindu yang saya rasa biasa-biasa saja.
ada sahabat saya yang tiap detik merasakan rindu luar biasa.
pastinya bukan calang-calang apa yang dirindui.
PALESTIN-bumi Intifadha'-daratan penuh mengalir darah para Syuhada' dan Auliya'...
segan.serta tidak mahu bicara panjang lagi.

bersyukurlah.berjuanglah.berdoalah.ditetapkan iman ini.













Tuesday, April 5, 2011

sembang tutor & IV

baiklah,kita sambung siri route map TAQWA.

IV-DOA DAN TAWAKAL

berdoalah supaya kita dibantu oleh Allah dalam jalan yang sukar ini.
inilah tradisi para rasul,nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah s.a.w.
mereka sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk melalui jalan taqwa.

mereka misalnya,sentiasa meminta bantuan untuk bersyukur dan memperbaiki amalan kepada Allah.

Allah mengajar kita berdoa agar mendapat zuriat bertaqwa.firmanNya
(al Furqan;74)

Forty Rabbana-33 Al-Furqan 74

And those who say, "Our Lord, grant us from among our wives and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous."

jadi,sekalian..berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
yup.orang mukmin.

************************


satu petang,kakak tutor saya singgah rumah,saja nak ziarah dan bincang untuk tetapkan date next class. saya pun kenalkan beliau dengan ahli beyt yang lain.

"korang,ni la kak diana tahun empat,kakak tutor kitorang bertiga."-saya-

"ooh yang ni. akak ada buat kelas dengan zik ke hari ni?"-mereka-

"takdelah..erm...saja..nak 'brain wash' sikit."-beliau-

"haaah...hehehe...hmmm.."-kami semua-

so kami berdua pun dok sembang-sembang berdua. satu-satu,dari rumah kak diana yang baru, ke hal study,coklat kacang,sampailah...

"okaylah zikri,sekarang akak nak cerita sikit. kalau Islam nak berjaya kena ada tiga perkara. cuba lihat zaman kerajaan Nabi Sulaiman dulu. macam mana baginda dapat mengawal seluruh pentadbiran.dengan alam manusia,alam jin,alam haiwan lagi tu..hebat kan. so antara sebabnya mestilah ada wilayah atau kuasa.akak dah bagitahu satu.cuba zikri teka apa lagi dua?"

wah..soalan kuiz yang menarik...

"erm..ilmu.?"

"ok.betul.lagi satu?"

"iman."

"haa..ilmu dan iman.betul lah tu.cuba tengok pemimpin sekarang.mungkin mereka berilmu tapi ye ke benar beriman.tak payahla.tengok diri kita sendiri. memang ye kita belajar,tapi untuk apa. kalau ada yang tak kena,cuba check ada slack kat mana-mana tak.mungkin iman kita ada masalah."

akal hati saya bersetuju..

"imam (saya lupa siapa.maaf) pernah berkata, 'Kecemerlangan itu pada Ketaatan kepada Allah.'
zaman Nabi hijrah dulu,semua sahabat Ansar berebut nak hadiahkan Nabi harta,isteri,rumah.. tapi Rumaisak iaitu ibu kepada Anas bin Malik hadiahkan anak beliau sendiri supaya dapat mendampingi Rasulullah.sebab apa,sebab Rumaisak nakkan penghayatan ilmu, supaya Anas dapat sesi tarbiyah direct daripada Rasulullah.lihat hasilnya,Anas bin Malik jadi perawi yang cukup masyhur.dia berilmu dan lengkap beriman.. kita pun mesti nak jadi macam tu kan..? study hebat dan akhlak terjaga."

terasa diri ini....

"hmm..dah faham.terima kasih,akak.." (^ _ ^)

di pintu.menghantar pulang tetamu yang hadir membawa pesan. bersyukurlah ada tersedia untuk kita buat bekalan.persiapan masa hadapan.

p/s-dialog telah dikemas kini dan dipadatkan..


orang pesan,trust yourself!
cuba belajar daripada pengalaman untuk cari pengalaman.
cuba cari pengalaman untuk belajar daripada pengalaman.
buat keputusan bijak....





































Saturday, April 2, 2011

sambil

sekarang jam menunjukkan 1:17 a.m di egypt.
disebabkan dah terlebih tidur siang tadi,
dan pengambilan kafein baru tadi,
maka adalah tercontengnya blog ini.
hehe.

sepanjang setengah bulan meneruskan kehidupan di sini..
macam-macam terjadi pada diri saya dan manusia sekeliling.
sambil selesaikan satu perkara,perkara lain datang
tanpa disangka yang pasti.

lainlah saya ni yang tengah menaip, sambil dengar juzuk 'amma,
sambil jeling buku CVS kat sebelah,sambil borak dengan tetamu-tetamu rumah.
sambil makan keropok.sambil tonton berita CNN di kaca tv.
banyaknya sambil kan.
kononnya konsep menggandakan diri dalam satu masa.
ada dalam ruangan majalah solusi edisi lalu.
masih kena manipulasi minda dan masa...


hidup tak selalunya indah,langit tak selalu cerah.
siang disusuli malam,dan malam diiringi siang..


-hadiqoh Azhar.tenang banget sih...-

nak cerita peristiwa satu-satu pun tidak menyempat.
try to make it short and simple.

1. kelas dah banyak tertinggal akibat kelewatan pulang ke sini.
2. perbelanjaan duit yang melatih kawalan diri sendiri.
3. demonstrasi kembali di Tahrir minta rombakan kabinet.
4. perubahan cuaca,suhu dan aturan masa tempatan.
5. adakala rasa rindu pada tanah air.
6. merasai tempias gegaran gempa bumi di Greece.

kawan ada cakap,'ketidakfahaman itu meletihkan'
letih untuk mencari titik kesedaran,turning point.
apa-apa pun........


chill lah.
'between yesterday's regret and tomorrow's dream is today's opportunity'

Alhamdulillah.banyak lagi wonderful moments yang mesti saya syukuri..

1. mendapat ala-ala private class dengan lecturer.
2. makanan sedap dan jamuan memenuhi selera.
3. birthday party kawan Palestin di Nil Night Cruise.
4. didatangi tetamu a.k.a rahmat dari jauh dan dekat.
5. kisah sepasang adik-beradik sahabat yang telah berbaik semula.
6. bunga-bunga di taman yang mula menunjukkan musimnya.

ini kiriman ayat-ayat cinta pengubat hati hamba...

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Nay,- whoever submits His whole self to Allah and is a doer of good,- He will get his reward with his Lord on such shall be no fear, nor shall they grieve.

p/s-ada exam mendatang. mohon doanya supaya sentiasa dimudahkan kefahaman.
kefahaman pada dunia dan akhirat.
supaya sambil menanam di alam sini,
tidak lupa membaja untuk alam sana....